Sabtu, 5 November 2011

SUNAT BERTAKBIR IDUL ADHA

Bila mula takbir Idul Adha

 

Pertama :

 

"Disunnatkan bertakbir (bagi jemaah haji dan bukan jemaah haji) pada hari raya haji setiap kali selepas berbagai-bagai jenis sembahyang bermula daripada subuh hari Arafah sehingga  selepas Asar hari 13 Zulhijjah".

Dalilinya ialah kerana mengikut perbuatan Rasulullah SAW dan apa yang dilakukan oleh para sahabat RA. Daripada Ali dan Ammar RA :

"Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah; selepas sembahyang Subuh dan menghentikannya selepas sembahyang Asar di akhir hari-hari Tasyrik". (Riwayat al-Hakim (1/299) dan beliau berkata, sanad hadis ini adalah sahih dan aku tidak mengetahui terdapat kecacatan pada rawinya).

Sumber : Terjemahan al-Fiqhul Manhaji (Kitab Fikah Mazhab Syafie) Bab Sembahyang Dua Hari Raya (Eid)

 

Kedua :

 

"Sunnah membaca takbir, setiap selesai shalat – sekalipun shalat janazah – sejak shalat Subuh 9 Dzulhijjah hingga shalat Asar 13 Zulhijjah. Juga pada 10 Zulhijjah ketika melihat binatang ternak atau mendengar suaranya"

Sumber : Terjemahan Kitab Fathul Mu'in.

Wallahu a'lam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan