Selasa, 22 Februari 2011

Jumaat, 18 Februari 2011

Senarai nama orang terkaya di Malaysia.. apa pendapat anda

Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.
Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion.Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.
Jutawan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011

Khamis, 17 Februari 2011

Muhasabah UMNO cawangan anda

1 Pencapaian:
Telah memberi sumbangan yang bermakna kepada ahli dan masyarakat setempat. Atau tiada sebarang perubahan ketara.

2 Keseimbangan:
1 Kedua-dua keperluan organisasi dan individu sentiasa menjadi pertimbangan dalam apa jua keputusan yang diambil.
2 Program yang dilaksanakan tidak pernah mengabaikan program keagamaan dan kerohanian
3 Pemimpin menjadi contoh keseimbangan hidup yang baik.

3 Kecantikan:
Memberi penekanan kepada nilai estetika seperti hiasan, bangunan dan persekitaran.

4 Penyayang:
Adakah ketua dan AJKnya mengutamakan perasaan ahli, masyarakat setempat, kesihatan & kebajikan dan perhubungan baik.

5 Selesa:
1 Adakah anda berasa selesa dengan ketua dan AJK apabila berhubung.
2 Adakah kemudahan fizikal selesa digunakan
3 Adakah hubungan sesama ahli organisasi diberi keutamaan
4 Adakah mesyuarat AJK masih diadakan di rumah Ketua atau Ketua Kampung?

6 Adil dan saksama:
1 Adakah UMNO di cawangan anda menyediakan peluang kepada semua orang.
2 Adakah anda diberitahu tentang tawaran-tawaran atau peluang terbaru untuk ahli dan anak-anak ahli?

7 Kebebasan:
Ahli boleh membuat pilihan dan menyatakan pendapat secara bebas dan terlibat dalam membuat keputusan.

8 Menunaikan janji:
1 Adakah pemimpinnya mempunyai rasa bertanggungjawab memenuhi dan memberi sumbangan kepada ahli organisasi.
2 Masih adakah janji-janji yang belum ditunaikan sebelum PRU ke-13

9 Harmoni:
Perhubungan yang harmoni, penting kepada penyelesaian masalah daripada menyalahkan orang lain.

10 Humanistik:
Penting kepada perhubungan kemanusiaan.

11 Integrasi:
Perhubungan yang sepadu dan rasa satu dalam pasukan. Atau lebih selesa dalam kumpulan?

12 Bermatlamat:
Mempunyai wawasan, matlamat, dan hala tuju yang jelas. Adakah pimpinan memahami hasrat pemimpin tertinggi dan berkongsi matalamat yang sama.

13 Spontan:
Bertindak balas kepada keperluan, fleksibel, terbuka kepada perubahan baru dan ide-ide baru untuk organisasi.

14 Selamat:
Adakah organiasi UMNO di tempat anda kuat dan mantap sebagai tempat berlindung tanpa rasa bimbang

15 Penyokong:
Ketua dan ahli saling memberi sokongan antara satu sama lain.Atau hanya seorang dua yang bekerja?

16 Kejayaan dan keberkesanan:
Pemimpin dan ahli yang mempunyai rekod perkhidmatan dan pencapaian yang cemerlang.Atau dipilih secara tangkap muat

17 Mudah mesra:
Mesra, “friendly”, riang dan keseronokan bekerja dan dalam perhubungan khususnya terhadap ahli dan masyarakat setempat

18 Berstruktur:
Bekerja dengan satu set polisi, peraturan dan prosedur yang jelas. Ada dokumen yang menjadi pegangan atau menyerahkannya kepada keadaan?

Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu

KUANTAN, 18 April — Konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” bukan sekadar satu slogan sebaliknya merupakan kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata konsep berkenaan adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Bagaimana proses nak sampai kepada matlamat kita, nak sampai pada destinasi, maka tidak lain dan tidak bukan ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.

“Insya-Allah, kalau berpegang pada konsep ini, kita akan menjadi negara maju, kita akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya dalam ucapan pada majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 40,000 orang.

Ini merupakan kepulangan pertama anak kelahiran Kuala Lipis itu ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.

Najib berkata bersandarkan konsep itu, tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau bagaimanapun berkata, untuk menjayakan misi itu, rakyat segenap lapisan perlu mengubah minda supaya tidak terkongkong dengan cara pemikiran lama.

Katanya, 1Malaysia akan berjaya jika rakyat saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing.

Najib turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengubah minda supaya tidak hanya mementingkan jawatan dan kuasa sebaliknya peka dengan persekitaran dan pemikiran rakyat pada masa ini. “Jangan kita ralit dengan proses dalam parti kita, jangan kita utamakan hanya hendak jawatan, kempen beria-ia siang malam, tapi masa pilihan raya K.O,” katanya.

Perdana Menteri berkata BN perlu bangkit untuk menunjukkan kemampuan sebenar sebelum diadili oleh suara rakyat pada pilihan raya akan datang.

Selasa, 15 Februari 2011

President Hosni Mubarak Meletak Jawatan.

Kejatuhan Pemerintahan Presiden HOSNI MUBRAK yang telah bertahan selam 30 tahun akhirnya berakhir semalam dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Naib Presiden Mesir Omar Suleiman mengenai pengunduran HOSNI MUBARAK melalui televisyen Nasional Mesir Secara langsung. Tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan dan perjuangan mereka selama ini.